BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 28 August 2011

pandangan ~

assalamualaikum ,
tibe2 rase cm nak menulis  bile ana tgk utube 'cara memakai selendang menutup dada' .
terkejut ana apabila si wanita mengatakan bhwa pakai tdg sbnrya untuk menutup pndgn bukan aurat .
di sini , ana bukan nak kte ape , tp juz nak btoi kan blek statement uh even ana bukan lah perfect dlm pemakaian . sebenarnye , kite di wajib kan menutup aurat kerana ada ayat Al-quran yang kata , wahai nabi hendak lah kamu menyuruh isteri2 kamu , anak2 perempuan kamu , isteri2 org mukmin menutup aurat kerana supaya mereka mudah dikenal dan tidak dganggu . cm uh la kan . erm , cer kte pkir blek , kalo la kte menutup aurat , "ehh , tuh aida(bukan nama sbnr)", owg da tau da dy sbb tgk pemakaian dy . iye x ? lagi satu , supaya x dggu orang , mksdnye , conth la , kte pakai baju kurung, tdg labuh , msty nye la . xde sesape berani kacau . ad berani ke laki di luar sne ? persoalan nya kini smpe bila mampu(lagu pe tah) .


rase nye , tuh je kot .
smga pemahaman remaja kini lebey terbuka .
bercakap lah mengguna kan ilmu bukan akal .
semoga kita dalam lindungan nya . amin .
maap andai ad bhsa yg x sopan atau mengguris aty mane2 pihak .
erm , maap kan ana .
setiap manusia xkan terlps dr melakukan dosa .
iye kan ?


akhir skaly . SELAMAT HARYY RAYE !
MAAF ZAHIR N BATEN .!
HEPI2 SLALOO ~~~ :)

Saturday 27 August 2011

CARA MENGENALI JODOH ANDA~~


Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:
Do'a Mencari Jodoh
Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:
Do'a Putus Cinta
Saya hanya berkongsi tips ini untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya. Hakikatnya datang dari Allah jua. Saya akan bertemu para pembaca lagi untuk ulasan lanjut tentang jodoh. Insya Allah.

Friday 19 August 2011

DESTINASI CINTA


Destinasi Cinta

Artist: Mestica
Song Category: Nasyid
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan


Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi


Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi


Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu


Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)


Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

MENCARI KEBERKATAN HIDUP


Pada kebiasaan petang, Azlan dan keluarganya berkumpul bersama-sama kerana Abi (ayah) dan Umi (ibu) Azlan mengajar pada waktu pagi manakala Azlan sekolah, jadi petanglah waktu yang sesuai untuk mereka berkumpul. Azlan merupakan anak tunggal pasanagn suami isteri ini.
Pada suatu petang, Azlan bertanyakan kepada abinya, "abi, bagaimana kita nak cari keberkatan hidup", kata Azlan kepada ayahnya.
Ayahnya seorang ustaz di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara. Ayahnya dikenali sebagai Ustaz Amar. Selepas mendengar kata-kata daripada Azlan, ayahnya terdiam seketika dan mencari jalan untuk menjawab soalan itu yang semasa itu beliau sedang menanda kertas ujian bulanan pelajar sekolahnya.
Ibu Azlan (Ustazah Najihah) lalu dihadapan anaknya itu sambil membawakan air untuk suaminya itu. "Bang, ini air, hilangkan sedikit dahaga abang tu", Ustaz Amar berterima kasih kepada isterinya itu sambil masih terfikir-fikir akan soalan anaknya itu. Ustazah Najihah merupakan guru besar di salah sebuah sekolah agama di ibu negara.
Tiba-tiba talefon rumahnya berbunyi, "kring,kring,kring". Tiga kali deringan lalu disambut oleh Azlan, "Assalamualaikum, siapa yang bercakap??, hendak bercakap dengan siapa??..". Kata Azlan pada individu yang menelefon itu.

Ustaz Amar lantas bangun menerima panggilan talefon itu digangang talefon rumahnya dan meneruskan perbualan bersam Cikgu Zahir manakala Ustazah Najihah masuk ke dapur dan Azlan mengulangkaji pelajaran di biliknya.

"Azlan, siapa ditalefon itu", kata Ustazah Najihah kepada anaknya itu, "Cikgu Zahir, umi" sahut Azlan. Cikgu Zahir merupakan teman kepada bapanya.
Azlan mahu mencari jawapan kepada persoalannya siang tadi, "bapaku seorang ustaz yang berkelulusan dari Mesir, kenapa dia tidak menjawab soalan yang aku tanyakan tadi?? Bukankah dia seorang ustaz yang banyak menjawab soalan anak-anak muridnya??", Azlan memikirkan tentang soalannya yang belum lagi terjawab sehingga dia terlena.
"Azlan bangun! Azlan bangun! Azlan bangun! Ustaz Amar mengejutkan anaknya itu dari luar. Pada kebiasaan pagi Ustaz Amar dan Ustazah Najihah mengejutkan anaknya itu untuk bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah sebelum ke sekolah.
"Asalamualaikum Warahmatullah", "Asalamualaikum Warakmatullah". Selesai mereka solat pada pagi itu dan Ustaz Amar membaca doa dan terus bersiap-siap untuk menuju ke sekolah.
Ustaz Amar adalah guru tingkatan Azlan. Semasa sarapan, Azlan bertanyakan kepada ayahnya, "Abi, Azlan dapat A atau tidak dalam subjek Bahasa Arab? Ustaz Amar menjawab, "kamu mesti banyak lagi beri tumpuan sewaktu belajar, jangan leka sahaja". Azlan sedih akan jawapan daripada ayahnya itu dan dia tahu bahawa dia tidak mendapat A dalam subjek tersebut.
"Abi, abi jawablah soalan Azlan semalam..", tanya Azlan kepada ayahnya tentang soalan yang semalan. Ayahnya terdiam lagi. "Kenapa ayahku susah untuk menjawab soalan aku ini? Apa salahku?" Macam-macam yang difikirkan oleh Azlan.
"Azlan, nanti kamu akan tahu juga jawapannya, maafkan abi kerana melengahkan jawapan kepada soalan itu", bisik Ustaz Amar dalam hatinya sendirian.
Pada pagi itu ada perhimpunan di sekolah Azlan.
"Kring, Kring, Kring", bunyi talefon bimbit Ustaz Amar kedengaran. Ustazah Najihah yang menelefonnya. "Maaf saya ada di perhimpunan, saya mesej awak ye?.." kata Ustaz Amar kepada isterinya lantas mematikan talefon bimbit tersebut.
"Najiha, abang belum jawab lagi soalan anak kita itu, abang akan jawab semasa mengajar di kelas dia nanti?"
Itulah petikan SMS daripada Ustaz Amar kepada isterinya.
4 minit kemudian Ustazah Najiha membalas, "abang, jangan lewat membalas jawapannya, nanti dia fikir yang bukan-bukan, saya sentiasa menyokong tindakan abang, lakukan yang terbaik ye abang, saya nak masuk ke kelas, nanti apa-apa saya mesej abang ye, salam".
Azlan di sekolah adalah murid yang paling pintar dalam tingkatannya. Setelah perhimpunan selesai Azlan bertemu dengan Cikgu Rasyidah yang mengajarnya subjek Sejarah.
"Cikgu, cikgu, tunggu sekejap", Azlan mengejar Cikgu Rashidah yang mahu ke kelas 3 A untuk mula mengajar.
"Ada apa Azlan?.." kata ckgu tersebut dengan nada terkejut.
"Saya nak tanya cikgu, saya dapat A atau tidak dalam matepelajaran Sejarah?", kata Azlan menerangkan sebab dia mengejar cikgu tersebut.
"Awak dapat A, Azlan, tahniah, cikgu ada kelas ni, maaf ye Azlan". Cikgu Rashidah terus masuk ke kelas 3 A untuk mula mengajar.
Azlan terus ke kelasnya 5A sambil memikirkan "kenapa aku tak dapat A dalam subjek bahasa Arab?".
Tiba-tiba dia terlanggar Ustaz Amar. 'Asalamualaikum Ustaz", kata Azlan kepada ayahnya itu.
"Waalaikumusalam Azlan, masuk ke kelas, cikgu dah mula nak mengajar ni."
"Baiklah cikgu, maafkan saya cikgu", kata bualan antara Azlan dan ayahnya, Ustaz Amar.
Dikelas 5A, Ustaz Amar membahagikan kertas ujian bulanan kepada pelajar kelas tersebut termasuk Azlan.
"Mohd Farhan bin Abdul Ghani, 87, Nurul Nadia binti Musa 88, Mohd Fairuz bin Mohd, 89,Umi Iryani binti Sipon, 90, Mohd Azlan bin Amar Faiz, 98".
Azlan terkedu seketika. Manakan tidak dia ingatkan keputusannya kurang baik.
"Kadang-kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang-kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang-kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, ingatlah kebekatan dalan hidup ini perlukan hijrah ke arah yang makruf.
Segala hijrah yang kita lakukan ke arah yang baik pasti Allah berkati. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, 'Sebaik-baik manusia itu adalah yang bermanfaat'. Dan untuk menjadi orang yang bermanfaat, tidak semestinya kita perlu jadi orang yang berjaya, bekerjaya dan berpengaruh".
Itulah jawapan Ustaz Amar akan persoalannya semalam.
Azlan faham, bukan kepandaian dalam pelajaran semata-mata kita akan mendapat keberkatan Allah. Ayahnya tidak mahu Azlan hanya pentingkan  pelajaran sahaja tapi jadilah orang yang bermanfaat untuk segala kebaikan atas dunia ini. Moga kita terus menjalani hidup di muka bumi ini dengan perkara yang disukai Allah.

IMAN VS 4.0 FLAT


Mungkin apa yang ingin aku sampaikan ini adalah perkara biasa bagi sesetengah individu. Namun, aku harapkan moga pengalaman hidup ini dapat dijadikan iktibar dan titik tolak perubahan insan yang membacanya. Insya-Allah.
Aku berasal daripada keluarga yang serba kekurangan... makan, minum dan pakaian jauh sama sekali seperti rakan-rakan yang lain. Mungkin ini yang menyebabkan aku kurang mempunyai sahabat yang dapat mendengar keluh-kesah hidupku. Seingat aku, hanya ada tiga insan yang teramat penting dan bermakna dalam hidup pada waktu itu, ibu, kakak dan abang Cik. Mereka antara insan kurniaan Tuhan yang sentiasa menjadi tempat untukku bergurau dan berjenaka. Sahabat? Saat itu aku masih belum memahami makna di sebalik perkataan itu.
Aku masih ingat ketika saat aku ingin melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Dengan berbekalkan duit hasil daripada pemberian saudara terdekat, aku membawa diri menuju ke sebuah negeri yang sebelum ini belum pernah ku jejaki. Keseorangan diri, bukan bersama keluarga seperti insan dan rakan-rakanku yang lain. Aku masih ingat kata-kata arwah ibu beberapa hari sebelum keberangkatanku.
"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak.."
Kata-kata yang pada waktu itu sukar untukku tafsirkan dengan logik akal. Apa yang penting bagiku pada waktu itu ialah dapat melanjutkan pelajaran walau sejauh mana pun kaki ini perlu melangkah. Benak hati terfikir, mungkin ibu risau tentang perjalanan aku nanti. Jauh, dari Pahang menuju ke Kedah mengambil masa 10 jam dengan menaiki bas. Seorang diri pula.
Alhamdulillah, dengan bekal hanya Iman dan tawakal, akhirnya sampai juga kaki ini ke medan perjuangan ilmu bergelar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Melihat rakan-rakan yang datang bersama keluarga, tergambar betapa gembiranya perasaan mereka. Bertuah mereka, patut bersyukur pada Ilahi. Ibu dan ayah mereka senang, ada kereta untuk membawa anak tersayang menuju ke medan perang. Ayah aku? Hmm... teringat pula kereta lamanya yang tersadai di depan rumah. Ayah selalu bertarung dengan kereta kesayangannya itu. Sekali sekala syukur jika kereta itu dapat dihidupkan, tetapi selalunya memang sukar mendengar deruman enjin daripadanya.
"Allah ada ibu, Allah ada..."
Harapan aku hanyalah satu, aku ingin memiliki satu-satunya angka yang cukup dikejar oleh pelajar ketika itu, 4.0 flat. Doa dan usaha aku gandakan dari hari ke hari demi mengejar kejayaan tersebut. Teringin sekali membawa balik angka tersebut dan menunjukkannya pada ibu. Walaupun ibu mungkin tidak mengerti apa makna di sebalik angka itu, cukuplah dapat melihat senyuman di wajahnya tatkala aku mengatakan aku antara pelajar cemerlang di kolej ini. Harapan itu aku simpan dan semat di dada. Adakah peristiwa itu akan telah tertulis di Lauh Mahfuz? Sungguh, Tuhan lebih mengetahui.
Aku masih ingat hari itu, hari Khamis. Aku keluar dari bilik kuliah dan menuju ke kantin. Aku cuba meraba-raba poket, mencari sekiranya masih ada sisa-sisa wang yang masih tinggal. Harapanku hancur, poketku kosong. Duit elaun telah habis aku gunakan untuk membeli barang-barang untuk menghadapi kuliah dan peperiksaan nanti. Dengan niat berpuasa, aku melangkah longlai menuju ke arah bilik. Mataku masih memandang rakan-rakan yang sedang enak menjamu selera masing-masing. Kalau ikutkan nafsu, ingin saja aku pergi ke arah mereka dan meminjam wang seperti sebelum ini. Namun bila memikirkan hutang yang masih tidak dapat aku langsaikan, aku mengalah. "Minum air paip lagi hari ni," desis hati kecilku.
Salah satu cara untuk aku menghilangkan rasa lapar adalah tidur. Cara itulah yang sering aku lakukan sejak daripada kecil lagi. Keluarga yang miskin menyebabkan kami sekeluarga sering menahan lapar sehingga berhari-hari lamanya. Mungkin sebab itu puasa tidak menjadi satu masalah buatku. Berlapar di siang hari sudah menjadi rutin waktu kecilku. Malam? Hanya minum air paip dan terus tidur.
Aku melemparkan badan yang kian penat di atas katil dan cuba untuk lelap. Peliknya pada hari itu, aku mudah melelapkan mata, tidak seperti selalu. Dalam tidur, aku bermimpi perkara yang amat aneh sekali. Bayangkan, dua buah kotak masing-masing berada di sebelah kiri dan kanan. Lalu dua kotak itu bergerak menuju ke tengah antara kiri dan kanan, bercantum menjadi satu kotak. Setelah lama kemudian, hanya salah satu kotak sahaja yang kembali ke tempat asalnya tadi iaitu di sebelah kanan sedang kotak yang asalnya berada di sebelah kiri masih kekal di tengah-tengah.
Aku tersentak dengan deringan telefon bimbit yang berada di sisi. Dengan mata yang kurang jelas kerana tidak memakai cermin mata, aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Ni nombor ayah, desis hati. Tanpa berfikir panjang aku terus menjawab panggilan tersebut. Eh, kenapa suara abang aku yang keluar ni? Mungkin talian di sana tidak berapa baik, sebab itu suara ayah dah macam suara abang, fikirku.
"Alif, mak dah takde..."
Kata-kata abang itu aku sambut dengan jeritan yang teramat. Sukar untuk aku percaya saat itu. Dalam keadaan wang yang kosong, aku bergegas menuju ke bilik sahabatku, Kamal. Saat itu, hanya dia yang terbit di benak fikiran. Mungkin dia dapat meminjamkan sedikit duit untuk tambang bas pulang nanti. Sesampai aku di muka pintunya, dia secara spontan melihat ke arahku lalu bertanyakan hajat kedatanganku.
"Mak aku dah meninggal Mal. Aku nak balik tapi takde duit. Pinjam RM50 Mal, nanti aku bayar balik..."
"Takpe, kau tunggu sini, nanti aku datang balik. Tunggu kejap..." 
Itulah sifat seorang sahabat. Dengan menebalkan mukanya demi seorang sahabat yang dalam kesusahan, dia pergi dari satu bilik ke bilik yang lain untuk meminta sedikit bantuan bagi membantuku. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan membawa sejumlah wang.
"Nah Lif, RM150 budak-budak ni yang kasi. Tak payah bayar balik, kau buat tambang bas dan makan minum kau dalam perjalanan nanti. Aku tahu kau tak makan dari semalam. Nanti aku jumpa pensyarah untuk tanyakan tentang bas. Budak sekolah kebetulan balik cuti seminggu hari ni lif, jadi tiket bas ke timur banyak dah habis. Kau tunggu sini."
........................................................................
Mataku memandang tepat ke arah mayat itu. Aku masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Itu bukan ibuku, aku memandang ke  arah langit lalu bertanya seolah-olah insan yang sudah kehilangan akal dan akidah. Ya Allah, apa dosa aku sehingga kau uji aku sebegini rupa? Air mata lantas membasahi pipi, seperti  menjawab persoalanku. Aku pergi tanpa redha ibuku... ucapan terakhirnya masih terngiang-ngiang lagi di benakku...
"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak..."
Keberkatan dalam hidupku mula hilang, itu yang dapat aku rasai. Peperiksaan akhir semester satu merupakan penyeksaan buatku. Sukar sekali untuk aku menjawab persoalan yang diberi walaupun sebenarnya aku mengetahui jawapannya. Betul, walaupun aku tahu jawapan di sebalik soalan, aku masih tidak mampu menjawabnya, sukar untuk difahami, tapi itulah apa yang aku alami. Waktu itu aku mulai sedar, angka yang selama ini aku kejar tidak mungkin dapat aku miliki. Satu sahaja doa yang sering aku panjatkan pada Ilahi.
"Ya Allah, sekiranya Engkau tidak mengizinkan aku untuk memiliki 4.0 flat dalam pelajaranku, izinkanlah aku mendapat 4.0 flat dalam Imanku Ya Allah. Amin"
Saat itu barulah aku benar-benar sedar, aku terlalu mengejar 4.0 flat sehingga aku lupa tentang keberkatan daripada seorang ibu. Apabila keputusan diumumkan, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat 4.0 flat dalam kolejku. 4.0 flat, yang terbaik dan sempurna sekali, semua  "A". Sehingga hari ini baru aku sedar, bukan 4.0 flat itu yang aku kejar. Tapi Iman 4.0 flat, Iman yang sempurna daripada semua segi. Semuanya "A", seperti para sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
"Ya Allah, kurniakan aku iman 4.0 flat, Iman yang sempurna..."
Pada kawan-kawan dan para sahabat yang membaca, harap kamu semua dapat mengambil iktibar. Sampai saat ini, keberkatan dalam menuntut  ilmu masih saya tercari-cari. Usaha telah saya lipat gandakan, pensyarah dan tenaga pengajar telah sehabis usaha saya hormati. Namun kemudahan dalam menuntut ilmu tidak lagi saya rasai seperti dulu. Keputusan dalam peperiksaan semakin menurun dan tekanan dalam hidup semakin bertambah. Kenapa? Kerana Ibu.  
Saya berasal dari keluarga yang susah dan waktu penghijrahan saya ke Kedah itu adalah saat di mana ibu sedang mengalami sakit tenat tetapi saya tetap dengan pendirian untuk menuntut ilmu dengan harapan dapat membetulkan umat Islam dan diri sendiri. Sedangkan saya tidak sedar saya  dalam kemurkaan Allah. Sehingga hari ini saya berdoa, moga Allah ampunkan dosa saya terhadap ibu. Tiap-tiap pagi saya hadiahkan pahala al-Mathurat buat ibu, tetapi masih sehingga kini belum terjawab persoalan di benak fikiran. Anak soleh atau anak derhakakah aku ini?
Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 'Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.'
[Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya]
Ingat sahabat sekalian, nabi menyebut "anak yang soleh". Ada satu syarat yang teramat berat sekali di situ iaitu soleh.
"Senangnya soleh di mata manusia, tetapi sukarnya untuk soleh di sisi Maha Pencipta."

~SEJADAH CINTA~


Itulah jawapan nafsu aku, ketika mana ibu bertanyakan tentang solat aku. Ketika itu usiaku sudah meningkat remaja. Solat belum pernah aku sempurnakan. Aku anak kesayangan ibu dan bapa aku. Bapa dan ibu sudah lanjut usianya, ketika aku dilahirkan ibuku sudah menginjak ke usia 40-an, sudah 20 tahun lebih ibu dan bapa aku berumahtangga, tetapi hanya aku satu-satunya anak tunggal mereka. Aku dilayan seperti seorang raja di rumah, semua kehendak aku disempurnakan mereka. Sehinggakan mereka tidak pernah sekalipun menjentik tubuh badanku.
Bapaku hanya tahu mencari nafkah zahir untuk keluarga, tidak pernah dia memberi nafkah batin kepadaku. Tidak pernah aku solat berjemaah dengannya dan bapa juga tidak pernah mengajarkan aku satu huruf daripada al-Quran pun. Yang pasti aku dilahirkan dengan penuh kemewahan. Aku selalu pulang lewat ke rumah, tetapi tidak pernah satu suara pun yang keluar dari mulut kedua orang tuaku untuk menasihatkanku. Aku hidup dalam Syurga dunia, aku buat semua yang terlintas di fikiranku, mengikut selera nafsuku. Bermacam jenis maksiat aku lakukan, tidak pernah aku puas. Tergambar Islam itu hanya solat dengan puasa sahaja bagiku.
Aku membesar dengan kekayaan serta kejahilan. Pada usiaku mencapai 20-an, ibu bapaku pergi ke luar Negara. Perginya mereka, pergi buat selama-lamanya. Ketika berita kemalangan itu, aku merasakan seperti jantungku berhenti berdegup, mataku berhenti berkelip, aku kaku, air mataku mula mengalir deras. Aku sudah yatim piatu. Aku tiada saudara mara. Ke mana aku selepas itu... aku kemudiannya dibela oleh rakan bapaku, rakan baiknya di pejabat. Bermulalah kehidupan baruku, aku mula merasakan hidupku tidak seperti dahulu, aku mula dikawal, aku mula di'undang-undang'kan.
Di rumah itu aku merasakan suatu yang berlainan dari cara kehidupanku dahulu, kalau nak sarapan, kena solat Subuh dahulu, nak makan tengah hari, kena solat Dhuha dahulu. Tika itu, aku tidak mengenal apa itu solat Dhuha. Setiap perbuatan pasti akan ada undang-undangnya. Rutin harianku diselang dengan ibadat, hari-hari aku berbohong. Sehinggalah suatu hari, di mana anak bongsu ayah angkat aku balik, namanya Hajar, dia muda tiga tahun daripada aku. Ketika mula melihat dia, aku merasakan kelainan pada dirinya. Sememangnya dia gadis yang baik. Aku agak malu dengannya, tidak sama dengan perempuan-perempuan lain sebelum ini. Suaranya yang samar-samar, membuatkan aku tertanya-tanya.
"Kenapa dia ni takut-takut ja nak cakap? Dah la pelik, dalam rumah pun nak pakai sarung kaki ka? Sejuk kot." Aku bercakap dengan hatiku sendiri.
Aku mula tertanya-tanya dalam diri, sejak mula dia pulang ke rumah. "Kenapa ya dia pakai tudung sampai ke lutut, tak panas ka? Orang lain tak pakai pun. T-shirt yang dia pakai pun labuh-labuh."
Aku semakin ingin mengetahui. Ada suatu pagi, terdengar suara tersedu-sedu menangis dari kamar Hajar. "Kenapa la dengan dia tu, dah pukul lima pagi ni, nangis pulak." Aku mula terdengar suara yang semacam bercakap Arab. "Ganjil betul la dia ni, tadi nangis pastu baca bahasa Arab pulak." Bisik hatiku, berbagai persoalan timbul di ruang fikiran.
“Dia study kot, atau dia gagal dalam exam, sebab tu dia menangis.”  Hati kecil aku membisik. Setiap malam, aku mendengar tangisan yang sama dan semua tu dah dianggap biasa bagi aku."Biar la dia nak menangis pun, rumah dia kan." Hati kecil aku mengomel lagi sendirian.
Setelah seminggu Hajar di rumah, aku tidak berpeluang lagi berborak dengannya. Dia seorang pemalu, orang cakap apa 'Muslimah' tapi bagi aku pada masa itu semuanya sama sahaja. Kalau duit ada semua boleh dapat. Pada suatu hari aku melihat Hajar bersendirian, aku mula mendekatinya, dia seakan-akan hendak menjauhkan diri. Aku memulakan langkah untuk menyekatnya.
"Assalamualaikum." Perkataan spontan keluar dari mulutku. Hajar menjawab salamku. Aku usahakan lagi dengan mengajukan soalan kepadanya. 
"Macam na study, ok ka? Belajar dalam bidang apa? Berapa tahun lagi belajar? Ooo... saya belajar kat Utm KL, bidang kejuruteraan." Bermacam-macam soalan diajukan, Hajar seakan-akan hendak melarikan diri. Setelah tiga minggu bertemu dengan Hajar, hatiku mula terbuka untuknya, aku rasakan dia wanita yang aku cari selama ini.
"Yang ketat-ketat tu wat awek ja, nak wat isteri mesti cari yang solehah." Teringat kembali kata-kata kawan-kawan aku. Memang betul kata mereka, aku mencari masa yang sesuai untuk meluahkannya. Sampai satu masa, Hajar sedang membaca novel 'Ayat-ayat cinta' aku mula tersenyum, merasakan peluang semakin cerah, aku merasakan dia pun minat cinta-cinta ni.
Aku mula menyapa, "Best ka novel tu?" Dia menganguk. Aku mula bertanya, "Pernah couple ka? Atau sedang couple sekarang?" Dia senyap... mungkin malu agaknya, aku mula keluarkan mukadimah cinta, tanpa segan dan silu aku mengungkapkan.
"Jom kita couple. Nak?"
Hajar terkejut dengan kata-kata aku, dia mula membuka mulutnya, "Saya minta maaf Yusof, saya tak boleh couple dengan Yusof." Suara yang penuh hormat keluar dari mulutnya. Aku terdiam... merasa malu mungkin, dalam sejarah ayat-ayat cintaku tidak pernak ditolak.
Aku bertanya "Kenapa tak boleh? Dah berpunya ke?" Hajar menjawab, “Tidak Yusof, saya… saya tak pernah couple dan kita orang Islam tak boleh couple. Haram!"
 Aku mula merasa satu benda yang jauh berbeza dari sudut pandangan aku. Aku mula bertaya,"Bukankah kita diciptakan berpasang-pasangan dan saling cinta-mencintai?" Aku mula yakin dengan persoalan aku.
"Ya, betul tu Yusof, tapi kita ada batas-batasnya. Kita boleh bercinta tetapi selepas nikah, cinta-mencintai kerana Allah. Cintalah Allah, insya-Allah cinta manusia akan menyusur." Ringan jawapannya, tetapi berat bagi aku menerimanya.
Aku mula menjauhkan diri. Malu aku rasakan, hari ke hari, aku semakin yakin Hajar jodoh aku. Aku mula beribadat dan menuntut ilmu agama untuk mendapatkan Hajar. Semakin belajar, semakin banyak aku hendak mengetahuinya, aku kini semakin cintakan ilmu agama, aku mula sedar aku hanya seorang hamba, banyak kesalahan yang aku lakukan selama ini, aku beribadat kerana riak, kerana menunjuk-nunjuk, kerana seorang wanita.
Niatku mula berubah, aku kini mencari cinta yang hakiki. Aku mula hamparkan sejadah cinta di hening malam. Aku bertaubat, aku menangis, aku mengharap dosa aku diampunkan, aku mengharap cintaku kepada-Nya diterima. Kini baru aku sedar, tangisan Hajar bukan tangisan kedukaan dunia, tetapi tangisan mengharap kebahagiaan Akhirat. Aku bukan Yusof yang dulu, aku bangun dan terus bangun, mengharap nur kasih, cinta hamba kepada Pencipta.

 
COPYRIGHT BY AIDA OTHMAN .